14 Januari 2012

KELUASAN NERAKA YANG AMAT DASYAT..



gambar hiasan




Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap,tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,00tahun, tiap pintu  lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh \ besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita
semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:"
Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..


09 Januari 2012

Rahsia Tarikh Lahir Mengikut Warna Bahagian 2


Ramai yang suka menyemak tarikh lahir mengikut bintang-bintang dalam akhbar, majalah dan tabloid yang merangkumi cinta, kehidupan harian dan lain-lain lagi.



Malah ada yang gelisah jika tidak dapat melihat ramalan bintang-bintang ini. Namun begitu, umat Islam dilarang mempercayai perkara-perkara sedemikian kerana sudah tertulis Qada dan Qadar Allah SWT mengenai nasib dan takdir seseorang.

Anda dilarang berpegang pada perkataan ‘ramalan’ yang mana segala yang dijelaskan bukanlah Sesutu yang betul-betul akan berlaku. Jika apa yang diperkatakan benar-benar berlaku, ia hanyalah secara kebetulan dan dengan izin Yang Maha Esa. Sebagai perkara yang menarik dan memeriahkan hidup anda,kita semak warna-warna yang ada kaitan dengan tarikh lahir kita. Ingat, jadikan panduan ini sekadar satu hiburan untuk mengisi masa kosong saja.

Tarikh Lahir dan Warna

2hb Januari – 11hb Januari
OREN

12hb Januari – 24hb Januari
KUNING

25hb Januari – 3hb Februari
MERAH JAMBU

4hb Februari – 8hb Februari
BIRU

9hb Februari – 18hb Februari
HIJAU

19hb Februari – 28hb Februari
COKLAT

1hb Mac – 10hb Mac
AQUA

11hb Mac – 20hb Mac
LIME

21hb Mac
HITAM

22hb Mac – 31hb Mac
UNGGU

1hb April – 10hb April
NAVY

11hb April – 20hb April
PERAK

21hb April – 30hb April
COKLAT

1hb Mei – 14hb Mei
BIRU

15hb Mei – 24hb Mei
EMAS

25hb Mei – 3hb Jun
KRIM

4hb Jun – 13hb Jun
KELABU

14hb Jun – 23hb Jun
MAROON

24hb Jun
KELABU

25hb Jun – 4 Julai
MERAH

5hb Julai – 14hb Julai
OREN

15hb Julai – 25hb Julai
KUNING

26hb Julai – 4hb Ogos
MERAH JAMBU

5hb Ogos – 13hb Ogos
BIRU

14hb Ogos – 23hb Ogos
HIJAU

24hb Ogos – 2hb September
COKLAT

3hb September – 12hb September
AQUA

13hb September – 22hb September
LIME

23hb September
OLIVE

24hb September – 3hb Oktober
UNGGU

4hb Oktober – 13hb Oktober
NAVY

14hb Oktober – 23hb Oktober
PERAK

24hb Oktober – 11hb November
OLIVE

12hb November – 21hb November
EMAS

22hb November – 1hb Disember
KRIM

2hb Disember – 11hb Disember
KELABU

12hb Disember – 21hb Disember
MAROON

22hb Disember – 1hb Januari
MERAH


Pengertian Warna

MERAH
Comel dan penyayang, anda seorang yang suka memilih dan mudah jatuh cinta serta suka disayangi. Periang dan fresh tetapi bertukar moody pada satu-satu masa. Senang dengan mereka yang bersopan-santun, lemah-lembut dan menyayangi anda seadanya. Suka kepada mereka yang mudah berbicara dan mereka yang membuat anda merasa selesa.

OREN
Bertanggungjawab di atas setiap tindakan yang dilakukan dan mahir melayani orang lain. Hidup bermatlamat dan sentiasa beusaha keras mencapainya, anda suka bersaing. Kawan-kawan begitu penting bagi anda dan menghargai apa yang dimiliki, kekadang reaksi anda terlalu over kerana jiwa yang sensitif.

KUNING
Anda seorang yang periang dan memiliki kemurnian jiwa. Dipercayai ramai dan memiliki nilai kepimpinan tinggi dalam perhubungan. Keputusan anda adalah baik dan tepat pada setiap masa. Sering kali mengharapkan sebuah perhubungan yang romantik.

BIRU
Anda kurang yakin dengan diri sendiri dan suka memilih. Anda seorang artistik dan kerapkali jatuh cinta, tapi membiarkan cinta anda berlalu pergi, hanya mencintai setulus jiwa, tidak pada hati.

MERAH JAMBU
Selalu melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara, suka menolong dan ambil berat terhadap orang lain. Tapi tidak mudah untuk memuaskan hati anda. Anda berfikiran negatif dan impikan hubungan romantik seperti dalam cerita dongeng.

HIJAU
Hubungan anda baik dengan kenalan baru. Anda bukan jenis pemalu dan kekadang menyakiti orang lain dengan perkataan yang anda pertuturkan. Anda seorang penyayang dan mahu ia disedari oleh orang yang anda sayangi, tapi sering kali anda bersendirian, menunggu insan yang sesuai.

COKLAT
Anda seorang yang aktif dan cergas. Anda agak sukar untuk didampingi dan mudah jatuh cinta. Tetapi bila anda mengetahui sesuatu yang dihajati tidak dapat diperolehi, anda akan putus asa dan biarkan ia berlalu.

AQUA
Perasaan bertukar dengan mudah dan secara tiba-tiba. Anda sering berseorang dan suka mengembara serta lurus dan mudah mempercayai orang lain. Anda sukar mencari cinta dan begitu mudah hilang cinta, kekadang disakiti kerana cinta.

LIME
Anda seorang yang penyabar tetapi mudah tertekan. Mudah cemburu dan bersunggut walaupun perkara kecil. Bijak mencari jalan penyelesaian dan berpesonaliti menarik yang disukai dan dipercayai orang lain.

HITAM
Anda gemarkan cabaran, tetapi tidak suka kepada perubahan dalam hidup. Begitu tegas dalam membuat keputusan dan berpegang kepadanya untuk satu tempoh yang panjang. Perhubungan cinta anda penuh cabaran dan mempunyai kelainan tersendiri.

UNGGU
Anda penuh misteri, tidak pentingkan diri sendiri dan mudah tertarik dengan sesuatu. Kehidupan seharian anda disusuli suka dan duka bergantung kepada mood. Anda popular di kalangan rakan-rakan, namun boleh melakukan perkara b**** pada satu masa serta bersifat pelupa. Anda suka berkawan dngan mereka yang boleh dipercayai.

NAVY
Anda seorang yang menarik dan menghargai kehidupan seharian anda. Anda mempunyai prasangka yang tinggi terhadap sesuatu dan mudah terganggu. Bila anda marah kepada seseorang, sukar bagi anda memaafkannya.

OLIVE
Anda baik hati, memiliki hubungan baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Anda tidak suka keganasan dan tahu hak anda, seorang periang dan tidak mencampuri urusan orang lain.

PERAK
Anda seorang periang dan berimaginasi tinggi. Gemar mencuba sesuatu yang baru, suka cabaran dan mudah mempelajari sesuatu. Anda senang diajak berbicara dan sering kali memberi nasihat berguna. Agak sukar bagi anda mempercayai seseorang terutama dalam hal persahabatan, tapi jika anda menemui rakan yang boleh dipercayai, anda akan beri kepercayaan buat selamanya.

EMAS
Anda boleh bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Seorang periang dan suka bersosial. Sukar bagi anda menemui pasangan yang sesuai, tetapi bila menemuinya, anda akan mencintainya buat selamanya.

KRIM
Seorang yang suka bersaing, periang dan manja. Tidak suka kekalahan dan selalu gembira. Anda boleh dipercayai dan mudah bergaul. Anda begitu teliti dalam mencari cinta dan sukar untuk jatuh cinta. Tetapi bila menemui yang sesuai, sukar untuk anda melepaskannya dan ia kekal abadi.

KELABU
Anda seorang yang menarik dan aktif. Tidak menyembunyikan perasaan dan sering meluahkannya. Tetapi mementingkan diri pada satu-satu masa. Tidak suka kejutan dan layanan yang tidak adil. Mampu menceriakan orang lain. Kelakar dan bijak meluahkan pendapat mengikut kesesuaian masa.

MAROON
Anda bijak dan tahu hak anda. Sering kali mahu orang lain mengikut cara anda tanpa memikirkan perasaan orang lain, kekadang boleh mengundang masalah. Sabar dan tenang dalam percintaan. Bila menemui insan yang sesuai untuk dicintai, sukar bagi anda untuk mencari yang lebih baik darinya.O

06 Januari 2012

LARANGAN MELIHAT AURAT WANITA @_@

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri, Rasulullah S.A.W bersabda, “Seorang lelaki tidak dibolehkan melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita. Dan tidak boleh seorang lelaki tidur dalam satu selimut dengan lelaki lain begitu juga dengan wanita”.
Imam Nawawi mengatakan ia merupakan larangan haram hukumnya apabila di antara keduanya tiada pemisah. Ia menunjukkan larangan penyentuhan aurat antara bahagian tubuh baik lelaki mahupun wanita. Hal itu telah menjadi kesepakatan para ulamak. Banyak orang menganggap ia suatu perkara remeh di mana ramai orang yang mandi dalam satu bilik mandi. Kerana itu, hendaknya setiap orang menjaga pandangan, tangan dan anggota tubuh dari aurat orang lain, serta memelihara auratnya jangan sampai dilihat dan disentuh orang lain. Dan apabila melihat orang yang mengabaikan hal itu, maka hendaklah mereka menjauhi dan memperingaatkannya.
Larangan ini juga merangkumi tidur seorang wanita dengan wanita lain dalam satu tempat tidur tanpa berpakaian sehingga mengakibatkan aurat kedaunya tersentuh atau terlihat. Ia termasuk dalam perbuatan haram dan merupakan langkah awal kepada perkara maksiat

Batasan aurat yang harus ditutupi oleh wanita Islam bagi wanita Islam lain adalah dari pusat hingga ke lutut. Manakala dengan wanita bukan Islam pula sama seperti aurat wanita dengan lelaki yang bukan mahram.
Tetapi banyak wanita yang menganggap perkara ini remeh atau tidak mengambil tahu langsung. Banyak terjadi seorang wanita Islam dengan tidak malu membuka auratnya dihadapan teman baiknya kerana menganggap mereka bersamaan jantina. Bukan mustahil juga ada dikalangan mereka yang membantu rakannya mencukur bulu kakinya bahkan bulu kemaluannya. Semua itu merupakan perbuatan yang jelas dilarang syariat. Wanita mengangkat darjat wanita di tempat yang tinggi. Bukan sekadar di hadapan lelaki bahkan di kalangan kaum sejenis mereka juga mempunyai adab-adab yang perlu diikuti.
Source: al-Muslimah, BIL 228, SAFAR – RABIUL AWAL 1432



RAHSIANYA PADA DUA WANITA YANG HEBAT


Apakah rahsia lelaki berjaya?

Rahsianya adalah kerana dia mempunyai dua orang wanita yang hebat!
“Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya” – Sayyidina Umar bin Khattab.
Siapakah si Dia yang bergelar A ini ?
  • Siapakah si dia yang telah bersusah payah mengandung selama 9 bulan sambil membawa kandungannya ke sana dan ke sini tanpa mengeluh kepenatan atau kekesalan ?
  • Siapakah gerangannya yang tabah menahan sakit yang lama dan berpanjangan ketika melahirkan si buah hati yang ditunggu-tunggukannya selama ini ke alam dunia ?
  • Siapakan si dia yang sabar menyusukan bayi yang sebelumnya menangis kelaparan dengan penuh tekun sehingga hilanglah segala rasa lapar dan dahaga ?
  • Siapakah insan istimewa itu yang telah membesarkan anaknya semenjak kecil sehingga dewasa dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat dan jemu ?
  • Siapakah susuk tubuh yang berkeringat mendidik anak-anaknya dengan pengetahuan dan skil kehidupan sehingga menjadi insan hebat yang bakal menggantikan visi perjuangan ke dua orang tuanya ?
  • Siapakah gerangan yang berusaha untuk mendapatkan rawatan ketika sakit dengan penuh kasih sayang serta harapan yang kuat agar si anak ini cepat sembuh bagi meneruskan kehidupan ?
  • Siapakah insan yang terus tabah mendepani karenah anak-anaknya yang pelbagai yang berterusan memberikan ujian dan dugaan penjaganya ?
  • Siapakah si dia yang istimewa ini yang sanggup berkorban masa, wang ringgit, pemikiran dan berkeringat sehinggalah anak warisannya ini memperolehi kejayaan demi kejayaan ?
  • Siapakah insan yang turut mengambil-berat mengenai bakal pasangan anaknya ini agar masa depannya terus bahagia walaupun terpaksa berkongsikan kasih sayang bersama wanita baru ini ?
  • Siapakah si dia yang terus mencurah dan mengharapkan kasih sayang anaknya yang semakin dewasa miski pun si anak ini telah berumah-tangganya ?
  • Siapakah gerangannya yang terus mendoakan kebahagiaan dan kebaikan mereka walaupun anaknya mungkin telah mulai lupa terhadap sumbangan dan pengorbanannya selama ini ?



    Jawapannya ialah si ‘ibu’nya…..
    Siapakah si Dia yang bergelar Bini ?
    • Siapakah insan istimewa ini yang telah mempertimbangkan lamarannya dengan penuh harapan bagi berkongsikan masa depan yang bahagia buat mereka bersama ?
    • Siapakah gerangannya si dia yang telah bersetuju bagi menerimanya sebagai teman hidup yang dirancang bersama untuk sepanjang hayat ?
    • Siapakah si dia yang tekun dan sabar memenuhi keperluan dan hajat suaminya yang merupakan ayah kepada anak-anaknya ?
    • Siapakah insan ini yang sentiasa mempastikan bahawa suami yang ditaatinya ini memiliki kesihatan yang terbaik dan keceriaanya ditekuni ?
    • Siapakah insan tabah ini yang sentiasa mengambil berat dan memberikan sokongan terhadap perkembangan kerjaya suaminya sehingga kejayaan dicatat dan sejarah terbina cemerlang ?
    • Siapakah gerangannya yang sabra dan tabah mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak suaminya seorang demi seorang dengan jayanya ?
    • Siapakah dia insan istimewa ini yang berkorban untuk rumah tangga dan kejayaan suami dan anak-anaknya walaupun dia mungkin turut sibuk berkeringat menanggung bebanan ini ?
    • Siapakah dia yang tabah menahan kesedihan kehilangan suaminya dan terus berkorban bersendirian membesarkan anak-anak peninggalan suaminya bagi mempastikan cita-cita dan hasrat arwah suaminya tercapai jua ?
    Jawapannya ialah si ‘isteri’nya…..
    Betullah kata Umar al-Khattab bahawa Lelaki yang berjaya itu dilihat dari dua perkara. Pertama, siapa ibunya dan yang kedua, siapa isterinya”.
    Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud, “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
    Kesimpulannya:
    • Hargailah jasa dan pengorbanan ibu dan berbuat-baiklah kepadanya walaupun dia telah pergi.
    • Hargailah jasa dan pengorbanan isteri dan janganlah memandang kecil kepada sebarang sumbangannya.
    • Didiklah adik-adik atau anak-anak perempuanmu dan juga isterimu dengan baik dan berkasih-sayang kerana merekalah yang akan menentukan masa depan dunia yang baru.